SUBAHANALLAH..ALHAMDULILAH...ALLAHUAKBAR

Friday, February 4, 2011

....persahabatan dalam islam....

Assalamualaikum sahabat,
Disini ana ingin berkongsi tentang sehabat ana  Nur atiQah diteratak .: Sebelum Mata Terlena :. 
Walaupun sudah lama ana tidak berjumpa dengan atiqah, kenangan bersama dia tetap segar dalam ingatan ana. Dalam kepayahan hidup atiqah seorang gadis yang cacat penglihatan tetap bersyukur pada ilahi. Namun kegigihannya ingin menimba ilmu pengetahuan tidak melemahkannya untuk bersekolah seperti orang lain yang tidak cacat penglihatan.
norhayati.blogspot.com


mengimbau kembali kali pertama saya mengenali atiqah,,,
ketika itu umur ana baru mencecah 16tahun..ana merupakan pelajar baru yang mendaftar diri di Sek,Men,Keb, Alma, P.Pinang. Lantaran ana pelajar baru, ana ditempatkan dihadapan sekali bersebelahan seorang gadis yang ana tidak kenali. Ana sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya, memandangkan dia memaling muka kearah ana dan matanya memandang ana. Tetapi sayang senyuman ana hanya berlalu begitu sahaja tanpa ada balasan daripada gadis itu. Dalam hati ana bercampur baur kekecewaan kerana beranggapan gadis itu tidak sudi berkawan dengan ana. Namun dalam keterpaksaan ana cuba sekali lagi menghadiahkan senyuman. Dia tetap sama hanya memandang dengan mata tidak berkerlip kearah ana tanpa membalas senyuman ana. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua pelajar meninggalkan kelas kecuali gadis yang berada disebelah ana dan seorang gadis yang bernama marhanim. Ana melihat dia memegang tangan gadis yang berada disebelah ana sambil menjemput ana rehat bersama. Dalam perjalanan ke kantin Marhanim telah mencerita segala-galanya, barulah ana mengetahui hal sebenar mengapakah gadis yang berada disebelah ana tidak membalas senyuman ana. Rupa-rupanya dia mengalami cacat penglihatan sejak lahir, namanya sungguh cantik iaitu Nur atiqah. Marhanim memberitahu ana di Sekolah itu memang menyediakan asrama dan tempat orang-orang cacat penglihatan. Oleh hal demikian, menjadi rutin marhanim mengahantar atiQah ketempat asramanya 10minit sebelum masa balik. Kadang-kadang ana sukarela mengikut marhanim menghantar atiQah ke asramanya.
               Sejak hari itu, ana menjadi rapat dengan atiQah dan marhanim. Tiba-tiba marhanim mendapat tawaran belajar di Sekolah Berasrama Penuh. Kesedihan dimuka atiQah jelas kelihatan walaupun dia tidak mempamerkan. Ana juga turut bersedih baru sahaja ingin rapat dengan marhanim dia terpaksa pergi. Sebelum marhanim pergi dia siap menghadiahkan sekotak kek sebagai tanda perpisahan. Sejak itu, analah yang memikul tanggungjawab menghantar atiQah ke asramanya. Hasrat murni ana itu telah mendapat pujian daripada guru-guru ana hal ini ana sudi menolong atiQah. Kata guru-guru dia berharap lebih ramai lagi pelajar tampil kehadapan menolong orang kurang upaya. Bagi ana menolong orang hendaklah ikhlas bukan mengharap pembalasan, Insyaallah Allahswt akan membalas kembali kebaikan yang kita lakukan. Semasa  dalam perjalanan menghantar atiQah ana sempat bertanya kepada atiQah seandai suatu ketika ana tiada dan tiada seorang pun  dalam kelas selain ana yang sudi menghantar atiQah balik asrama, macammanakah atiQah ingin balik? AtiQah berkata: Saya masih boleh balik kerana saya dibekalkan tongkat dan saya diajar kiraan langkah. Begitu menyentuh hati ana ketika itu kerana gadis yang bernama AtiQah tidak pernah kenal erti putus asa. Dalam perjalanan juga ana selitkan cerita-cerita lucu dan kelakar dengan niat untuk melihat atiQah gembira. 
           Semasa tiada kelas, ana melihat atiQah begitu tekun menaip mesin braille kepunyaannya. Ana sempat belajar daripadanya titik-titik yang ditaipnya. Pernah sekali ana bertanya kepada atiQah apakah yang ditaipnya yang begitu tekun. AtiQah berkata : mengarang novel. Ana tersenyum lantas berkata : atiQah karang banyak-banyak nanti saya boleh baca. atiQah tersenyum sambil berkata : boleh. Tanpa menganggu atiQah ana menyiapkan kerja matematik yang diberi oleh guru.  Sesekali penat memerah otak ana bertanya lagi kepada atiQah kerana melihat dia berhenti menaip. Ana bertanya : atiQah apa cita-cita awak? AtiQah berkata : Saya ingin menjadi seorang ustazah. Ana terfikir sendiri atiQah memang layak menjadi ustazah kerana dia satu-satunya pelajar yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran dan dia mendapat  tempat naib johan sungguh mengagumkan walaupun buta penglihatan tetapi hati tetap cerah dan mampu meghafal al-quran. Itulah anugerah yang diberi oleh allahswt kepada orang cacat penglihatan.
           Di akhir tahun tingkatan 4, ana berpindah sekolah ke kelantan sejak itu tiada lagi bayangan atiQah setiap pertemuan ada perpisahan. Moga allahswt temukan kembali ana dan atiQah seandai dia masih mengingati diri ini lagi  meskipun 7 tahun sudah berlalu..

.: p/s : Wahai insan ingatlah kamu hidup didunia  tiada abadi sebelum terlambat sedarlah diri buatlah amal sebelum mati, iman dan taqwa letak dijiwa bahagia hidup sepanjang masa :.
MOGA ALLAHSWT MEMBERI SINAR KEPADA NUR ATIQAH