SUBAHANALLAH..ALHAMDULILAH...ALLAHUAKBAR

Saturday, December 25, 2010

..Malu separuh daripada iman...

Salam sahabat-sahabat yangku sayangi...
Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.


Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.
nukilan : Shahmudzir Nordzahir (iluvislam.com

Thursday, December 23, 2010

...baja mujahadah..

 Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

Baru-baru ini pada tahun 2003, kita di kejutkan dengan kenyataan yang di buat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan gelaran Datuk. Beliau mendedahkan ada penerima anugerah Datuk memperolehi darjah kebesaran itu setelah memberi habuan wang ringgit kepada orang-orang tertentu. Selepas wang ribuan ringgit, mungkin puluhan ribu ringgit diberikan, jadilah mereka 'tokoh masyarakat' yang bergelar Datuk. Penyakit gila pangkat dan gelaran
seperti ini boleh dirawat dan terapi yang paling sesuai baginya ialah terapi mujahadah

Wednesday, December 22, 2010

..tatapan jiwa...


Sedarlah sahabatku,
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.

Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.

Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.

Renungkansahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu...
Amin..

...7 kalimah Allahswt...

Assalamualaikum sahabat...
sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu diteratak blog .:sebelum mata terlena:. disini saya ingin berkongsi tentang kalimah allah yang baoleh diamalkan dalam seharian kita..sesungguhnya mengingati allahswt itu adalah tugas kita sebagai hamba alllahswt..antaranya..

1.mengucap "bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2.mengucap "alhamdulilah" pada setiap selesai sesuatu kerja
3. mengucap "astaghfirullah" jika lidah terselit perkataan yang tidak patut
4. mengucap "insyaallah" jika merencanakan sesuatu pada hari esoknya
5.mengucap "la haula wala quwawwata illa billah " jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai
6. mengucap "innalillahi wa inna ilahi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah
7. mengucap" la ilaha illallah muhammadur rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya..

selamat beramal kawan-kawan yangku sayangi..:p

Thursday, December 9, 2010

.....Jangan diberi Ikan, Tapi berilah Mata kail ikan.....


Assalamualaikum sahabat perjuangan moga sihat hendaknya disini ana ingin berkongsi ilmu  yang berkaitan  syariah, Ilmu ini saya  telah perjuangkan di badan-badan kebajikan dan dipersetujui, ada eloknya saya berkongsi ilmu diteratak kecil usang :
.:Sebelum Mata Terlena:. 

" Yang Miskin Tetap Miskin  " 
Buat sahabat yang saya sayangi, ini bukanlah satu ideologi tetapi memberi pengertian yang bermakna. Apa yang dimaksudkan yang miskin tetap miskin manakala yang kaya tetap kaya ialah rata- rata badan kebajikan dan para dermawan hari ini terlepas pandang sesuatu perkara. Sumbangan kepada orang miskin  banyak berbentuk wang dan barang-barang keperluan. Dalam tidak sedar adakah kita terfikir itu semua sudah cukup
untuk membantu orang miskin bagi memasti " Yang miskin bukan selamanya miskin"


Disini saya ingin berkongsi ilmu tentang konsep Mudharabah atau memberi pengertian membawa keuntungan bersama antara pemodal dan orang yang menguruskan harta. Konsep Mudharabah yang dijalankan boleh dilakukan dengan menyerahkan sebahagian harta kepada orang miskin untuk diuruskan. Harta yang dimaksudkan ialah memberi haiwan ternakan atau sebagainya. " Jangan beri ikan tetapi berilah  mata kail "  bermaksud jangan diberi kesenagan dengan jalan mudah tetapi dengan melatih masyarakat miskin yang berusaha untuk mendapat kesenangan kerana terlampau memberi  jalan mudah  melahirkan  masyarakat miskin yang malas berusaha hanya mengharap bantuan. dengan mudah Sekiranya berlarutan  kaedah itu, konsep Miskin Tetap miskin tidak dapat ditepis ataupun di atasi. Misalnya  mudharabah yang paling senang dijalankan seperti salah satu  contohnya Unit Zakat memberi seekor kambing kepada keluarga miskin segala keperluan makan kambing ternak di pantau oleh  badan zakat,  Apabila kambing itu telah beranak hasil keuntungan itu dibahagi sama rata antara  badan  zakat  dan orang  yang menjaga kambing itu.  Kekayaan yang diperolehi menyebabkan orang miskin tidak mengharapkan bantuan zakat lagi bahkan mengeluarkan zakat.Dengan itu, konsep miskin bukan selamanya miskin amat berkesan.

Allah menciptakan manusia makhluk yang berinteraksi sosial dan saling memerlukan satu sama lainnya. Ada yang memiliki kelebihan harta namun tidak memiliki waktu dan keahlian dalam mengelola dan mengembangkannya, di sisi lain ada yang memiliki skill kemampuan namun tidak memiliki modal. Dengan berkumpulnya dua jenis orang ini diharapkan dapat saling melengkapi dan mempermudah pengembangan harta dan kemampuan tersebut. Untuk itulah Islam memperbolehkan syarikat dalam usaha diantaranya Al Mudharabah .Para ulama sepakat bahwa sistem penanaman modal ini dibolehkan. Dasar hukum dari sistem jual beli ini adalah ijma’ ulama yang membolehkannya. Seperti dinukilkan Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah, dan lainnya. Ibnu Hazm menyatakan: “Semua bab dalam fiqih selalu memiliki dasar dalam Al Qur’an dan Sunnah yang kita ketahui -Alhamdulillah- kecuali Al Qiraadh (Al Mudharabah (pen). Kami tidak mendapati satu dasarpun untuknya dalam Al Qur’an dan Sunnah. Namun dasarnya adalah ijma’ yang benar. Yang dapat kami pastikan bahwa hal ini ada dizaman shallallahu’alaihi wa sallam, beliau ketahui dan setujui dan seandainya tidak demikian maka tidak boleh.

عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَى وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ
“Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi yang berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Qur’an.”
(Qs. Al Muzammil: 20)

Disini saya tekankan agar banyak badan kebajikan dimasa akan datang bukan hanya memberi ikan tetapi memberi mata kail dalam mendidik masyarakat  miskin bukan selama miskin.Sekian terima kasih.

...Balasan meninggal solat.....


 Assalamualaikum teman budiman....

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Wednesday, December 8, 2010

....layakkah menjadi kekasih Allahswt...........



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Assalamulaikum Sahabat Perjuangan...
Ingin saya berkongsi erti cinta diteratak kecil  saya .:Sebelum mata terlena:. lirik dia kekasih allahswt sungguh indah dikongsi bersama..dengan  menyatakan cinta kepada Allahswt adakah kita  layak menggelarkan diri kita betul-betul menyintai allahswt. Pernahkah kita muhasabah diri adakah cukup  melontar rasa cinta itu. Dalam sehari berapa helaian al-quran pernah kita baca dan fahamkan maksudnya lantas kita amalkan. Dalam sehari berapa ribu kalimah subhanallah, alhamdulilah dan allahuakbar yang bermain dibibir kita untuk menyatakan kita cinta pada allahswt. Masyarakat hari ini terlalu rakus menyintai manusia lebih dari segala-galanya, Walaupun seribu kali mengungkap " I love U ", " I miss U", kepada kekasih mereka membukti cinta yang mendalam kepada kekasih masing-masing. Lagi malang kerana cinta manusia itu akan merosakkan diri masing-masing. 
 
kelalaian cinta lelaki :
1.Tergoda dengan godaan wanita dengan panggilan yang menggoda kerana nafsu boleh melalaikan  mengingati allahswt
2. Melihat perempuan yang bukan sah muhrim mendapat dosa
3. Mengambarkan perempuan dengan shawat akan menaikkan nafsu 

kelalaian cinta perempuan :
1. Bersentuhan dengan bukan mahram
2. Memperlihatkan aurat kepada bukan mahram
 

Disamping itu, apabila  kita berada ditengah ramai kita melihat orang kurang upaya  atau orang- orang tua memerlukan pertolongan adakah kita akan ringan menolongnya? Meskipun saat itu dia sangat memerlukan pertolongan kita apa salahnya kita menghulur bantuan. Masyarakat hari ini hanya membuat hal sendiri tanpa mengambil tahu dan memandang tanpa perasaan. 


Kata- kata utuk renungan bersama :
" Ingin mendapat Cinta di atas ( Allahswt), Cintalah kamu kepada makhluk yang ada dibawah
( Manusia, haiwan dan tumbuh- tumbuhan )"

Kepada sahabat yang tidak menemui Cinta usahlah berasa gusar  dan alpa  ingatlah setiap yang hidup tuhan anugerahkan pasangan masing-masing. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat. Usahlah kita tertanya-tanya mengapakah  diri kita masih tidak  berpunya sedangkan diluar  sana sudah berpunya. Jadilah seperti buah epal walaupun begitu lambat dipetik tetapi Allahswt menjadikan tingginya buah itu  kerana hanya orang yang benar-benar layak sahaja memetiknya.

Cinta sebenar yang harus kita kejar :
 
CINTA RASULULLAHSAW & CINTA ALLAHSWT

Tuesday, December 7, 2010

.....Beristiqamah Muslimah...




Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)”


Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.


Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun.


Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.


Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.


Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.


Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.


Urusan mewujudkan rumahtangga muslim dan mendidik generasi Islam yang beriman, berakhlak mulia serta bersemangat jihad merupakan tugas utama wanita. Bagaimanapun tidak bermakna mereka tidak boleh memperjuangkan Islam dengan cara lain bila keadaan memerlukan.


Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.


Begitulah semangat perjuangan yang mereka tunjukkan, mereka pertahankan agama Allah dengan nyawa dan bukan sekadar seorang suami, bapa, anak-anak atau saudara sedarah sedaging.


Sekiranya sekarang kita dapat mewujudkan muslimah-muslimah sebegini, Insya-Allah satu generasi pejuang Islam yang tidak gentar menghadapi musuh dapat dibentuk.


Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?


Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah; memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.


Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.


Tidak timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah negara Islam. Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:


“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong keatas sebagaian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”


Di dalam negara yang majoriti undinya adalah di tangan wanita, para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka perlu menyakinkan golongan yang masih tidak menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.


Untuk menjalankan usaha ini, para Muslimat hendaklah membuat persediaan awal. Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah. Kerana tanpa ilmu dan hikmah, bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.


Selain itu juga, muslimah-muslimah yang terbabit dalam memperjuangkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam, aktif semasa bujang, tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.


Alangkah ruginya jamaah sekiranya ramai muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti atas alasan sudah berkahwin. Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.


Sebagai muslimah-muslimah yang yang memilih untuk memperjuangkan Islam melalui jamaah maka kita perlu mengetahui dengan mendalam mengenai apa yang dikehendaki oleh jamaah. Kita hendaklah beriltizam di tempat bertugas dan setiap suasana hidupnya hendaklah diselaraskan dengan kebaikan dan kepentingan amal dakwah. Setiap amalnya harus menjadi alat dakwah dan usaha atau aktiviti dakwahnya tidak sepatutnya dilemahkan oleh sesuatu perkara lain.


Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:


“…Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”


Firman Allah lagi di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:


“…Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…”


Selain daripada itu, para muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman, sabar, istiqamah dalam menjalankan amal dan berani. Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia, suami atau orang lain, tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud:


“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Golongan Allah itulah yang pasti Menang”


Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama ahli-ahli keluarga; iaitu suami dan anak-anak. Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar, khususnya di kalangan wanita sendiri.


Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:


“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang beriman, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam kereta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar"
NUR.BLOGSPOT